5 Sebab Utama Anda Harus Datang ke Pameran Artifak Rasulullah S.A.W

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Beruntungnya kalian jika berpeluang datang ke Pameran Artifak Rasulullah SAW ini.

pameran artifak rasulullah

5 Sebab Utama Kenapa Anda Harus Datang ke Pameran Artifak Rasulullah SAW

1. Dapat melihat dengan lebih dekat Artifak Peninggalan Rasulullah SAW

Melihat di dalam gambar dengan melihat sendiri secara fizikal, perasaannya sangat berbeza. Apabila melihat sendiri artifak Rasulullah di hadapan mata, boleh mengalirkan air mata. Akan timbul rasa rindu kepada baginda yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Bauan yang wangi membuatkan rindu itu membuak-buak. Rasulullah SAW adalah insan yang akan memberikan syafaat kepada umatnya di akhirat kelak. Rasulullah juga sangat rindukan umatnya walaupun tidak pernah berjumpa.

2. Rasa lebih bersemangat untuk melakukan sunnah-sunnah Rasulullah SAW

Sebelum ini, kita mungkin ada buat sunnah Nabi SAW. Tetapi kadang-kadang, mungkin juga kita terlupa atau alpa dengan kesibukan duniawi. Inilah masa untuk anda bangkitkan kembali semangat itu. Pameran artifak Rasulullah ini mempamerkan barangan penyimpan koleksi peribadi yang dibawa khas dari beberapa buah negara.

3. Terasa lebih dekat dengan Baginda, Rasulullah SAW

Masa tengok penutup makam ni tiba-tiba rasa sayu. Bau ruangan ni harum mungkin kerana kain ini memang diletak wangian, sama seperti kain penutup Kaabah. Macam tak sangka juga dapat berada dekat dengan barangan peribadi begini. Saya rasa kalau yang pergi makam sebenar mesti hati rasa berbaur-baurkan. Macam kasih-sayang Rasulullah saw ni kita dapat rasai walaupun kita tak pernah berjumpa. Kita baca kisahnya, pengorbanannya, kebaikannya. Berdiri di sebelah kain penutup makam pun kita dah rasa kasih-sayang dia, apatah lagi bila kita melawat makam Baginda T_T ” (Dalin Ali)

Ini merupakan salah satu luahan daripada mereka yang telah pergi melihat sendiri pameran artifak Rasulullah SAW. Betapa rasa itu tidak dapat di luahkan dengan kata-kata melainkan anda pergi dan rasai sendiri.

4. Dapat merasai pengalaman indah yang sukar di dapatkan di mana-mana

 Ok yg ni membuatkan akak dengan kak long mengalirkan air mata tanpa dapat di tahan2…Rambut ini di katakan milik Rasulullah s.a.w …ya Allah akak tak tau macam mana nak hurai kan perasaan ketika melihat rambut Rasulullah s.a.w ni…Nabi junjungan kite yg akan mempertahan kan kite di hari pembalasan kelak…(http://wanitagaramdangula.blogspot.my)

Anda harus pergi dan rasai keindahan ini sendiri. Ramai yang tidak mahu melepaskan peluang ini untuk melihat sendiri pameran artifak Rasulullah yang cukup bernilai dibawakan khas ke Malaysia. Musim cuti sekolah, ramai yang mencari tempat menarik di Kedah dan pameran ini diadakan selama sebulan bermula 20 Mac 2017.

5. Dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan.

Bila anda pergi, memang anda akan pelajari tentang banyak perkara. Selain melihat artifak Rasulullah SAW, anda juga berpeluang melihat artifak para sahabat, tokoh-tokoh islam yang terdahulu dan banyak lagi. Artifak yang dipamerkan adalah tulen, dibawa khas daripada pemegang persendirian barang peninggalan Nabi Muhammad SAW dari Jordan, Turki, India, Syiria, Mekah dan Madinah.

Selain datang ke Pameran Artifak ini, anda juga boleh melancong ke sekitar negeri Kedah yang sememangnya terkenal dengan pelbagai tempat yang menarik.

Antaranya ialah Menara Alor Setar, Muzim Padi Alor Setar, Taman Jubli Emas Alor Setar, Kolam Air Panas Ulu Lenggong dan banyak lagi tempat menarik yang boleh anda lawati di negeri Kedah ini. Banyak lagi tempat menarik di Kedah ini dan lokasi Muzium Negeri Kedah hanyalah bersebelahan dengan Stadium Darul Aman.

Pameran Rasulullah SAW dan Para Sahabat RA
Datang lah dengan niat yang ikhlas kerana Allah. Anda pasti akan mendapat sesuatu. Ajaklah ramai-ramai datang. Moga pahala itu terus mengalir.

Tarikh: 20 Mac 2017 – 19 April 2017
Lokasi : Muzium Negeri Kedah
Waktu pameran: 10 pagi – 10 malam , Jumaat (tutup 12tgh hari – 3.00 petang)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge