Assalamualaikum warahmatullah.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ

Dah baca ke entri sebelum ini “Keperibadian Rasulullah (Bahagian 1)“. Jom kali ini, kita sambung pula pada bahagian 2. Semoga terus bermanfaat.

4. Pakaian Rasulullah SAW

Baginda SAW gemar memakai Qamis iaitu kameja berlengan panjang serta labuh sehingga ke betis dan jubah ala Roman yang sempit lengannya. Perkara ini disebutkan di dalam hadis yang di riwayatkan oleh Mughirah bin Syu’bah,

Bahawasanya Nabi SAW memakai jubah ala Rom yang sempit di bahagian lengannya.” {Hadis Riwayat At-Tarmizi, Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Nasa’i dan Ahmad}

Asma’ bin Yazid meriwayatkan bahawa,

Panjang lengah baju Rasulullah SAW hingga ke pergelangan tangan” {Dikeluarkan oleh At-Tarmizi, Nasa’i dan Abu Dawud}

Anas bin Malik RA meriwayatkan,

Pakaian yang disukai Rasulullah SAW adalah HIBARAN (jenis pakaian yang berasal dari Yaman).” {Dikeluarkan oleh At-Tarmizi, Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Nasa’i dan Ahamad}

Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda,

Hendaklah kalian mengenakan pakaian yang berwarna putih, orang-orang masih hidup di antara kamu hendaklah mengenakan pakaian yang berwarna putih. Dan orang-orang yang telah meninggal dunia hendaklah di kapan dengan kain yang berwarna putih. Sesungguhnya pakaian yang berwarna putih itu merupakan bahagian pakaian paling baik bagi kamu” {Hadis Riwayat At-Tarmizi, Abu Dawud, Ibnu Majah dan Ahmad}

5. Minyak Wangi Rasulullah SAW

Hadis diriwayatkan oleh Abu Uthman Al-Nahdi bahawa Nabi SAW bersabda,

Apabila salah seorang dari kamu diberikan minyak wangi maka dia tidak boleh ditolak kerana sesuatu yang wangi itu dari syurga.” {Hadis Riwayat oleh At-Tarmizi}

Minyak wangi bagi lelaki ialah minyak yang berbau harum dan tidak berwarna, manakala bagi wanita pula pelbagai warna tetapi tidak berbau.

Minyak wangi adalah salah satu dari sunnah Nabi SAW. Para malaikat suka berdampingan dengan orang yang memakai minyak wangi.

6. Bantal

Walaupun tidak bercadang untuk tidur, baginda SAW sekadar memeluknya atau meletakkan di atas riba sahaja

7. Susu

Susu adalah minuman kegemaran Nabi SAW.

Ibnu Umar meriwayatkan,

Baginda SAW bersabda “Ada tiga perkara yang tidak boleh ditolak, iaitu bantal, minyak dan susu.” {Dikeluarkan oleh At-Tarmizi, Abu Syaikh dan Baghawi}

Baginda bersabda, tiga perkara yang tidak sepatutnya ditolak oleh tetamu.

Ibnu Abbas menceritakan bahawasanya,

Aku, Rasulullah dan Khalid Al-Walid datang ke rumah Maimunah. Dia menghidangkan kepada kami air sus, Rasulullah segera meminumnya. Pada waktu itu aku duduk di kanan dan Khalid di sebelah kiri Nabi SAW. Rasulullah pun berkata kepadaku, “Sekarang giliranmu meminumnya tetapi kalau kamu mahu mendahului sahabatmu terpulang! Aku menjawab “Tidak mungkin aku mendahulukan orang lain untuk meminum bekas minumanmu.” Kemudian Rasulullah SAW bersabda, “Barang siapa yang diberikan makanan oleh Allah maka hendaklah dia berdoa “Ya Allah beri kami berkat dalam makanan ini dan tambahkanlah makanan ini untuk kami”. Rasulullah SAW juga bersabda “Tidak ada sesuatu yang boleh berfungsi sebagai makanan sekaligus minuman melainkan susu” {Dikeluarkan oleh At-Tarmizi dan Ahmad}

Replika Selipar Rasulullah SAW

Salam rindu hanya buatmu Ya Rasulullah.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ

Sumber: Buku Biografi Agung Rasulullah SAW. (terbitan mustread)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge