Pameran Artifak Rasulullah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam

Pameran Artifak Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A akan diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor bermula 10 Julai 2017 hingga 23 Ogos 2017.

**Pameran dilanjutkan sehingga 23 Ogos 2017

Waktu Pameran: 9 pagi – 10 malam,
(Pameran akan ditutup sementara pada setiap waktu solat)

 

Pameran ini membawakan 27 Artifak untuk dipamerkan kepada para pelawat. Selain melihat artifak Rasulullah SAW, anda juga berpeluang melihat artifak para sahabat, tokoh-tokoh islam yang terdahulu dan banyak lagi. Artifak yang dipamerkan adalah tulen, dibawa khas daripada pemegang persendirian barang peninggalan Nabi Muhammad SAW dari Jordan, Turki, India, Syiria, Mekah dan Madinah.

Pameran yang telah berlangsung di Muzium Negeri Kedah.

Website : http://tamadunislam.com

Facebook page : Pameran Artifak Rasulullah SAW
https://www.facebook.com/pameranartifak/

Instagram : @PameranArtifak
https://instagram.com/pameranartifak

Twitter : @PameranArtifak
https://twitter.com/pameranartifak

Harga Tiket adalah seperti di bawah:

* Dewasa – RM20.00 seorang
* Pelajar – RM10.00 seorang
* Warga Emas – RM10.00 seorang
* OKU – RM10.00 seorang
* Kanak Kanak 6 tahun keatas – RM10.00 seorang
* Kanak-kanak bawah 6 tahun – Percuma

Nabi Muhammad Sebagai Penutup Segala Nabi

Pameran artifak Rasulullah

Assalamualaikum warahmatullah.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ

Seperti mana yang kita tahu, kita merupakan umat terakhir bagi Nabi yang terakhir iaitu Nabi Muhammad SAW.

Nabi Muhammad SAW adalah penutup para nabi dan rasul-rasul Allah sebagaimana firman Allah di dalam surah al-Ahzab.

Tidaklah Muhammad itu bapa bagi seseorang dari kalangan kami akan tetapi dia adalah rasul Allah dan penutup para nabi..”  Surah Al-Ahzab (ayat 40)

Nabi SAW bersada di dalam hadisnya,

Aku adalah nabi yang terakhir dan tidak ada nabi selepasku”

Hubungan Rasulullah SAW dengan para nabi yang terdahulu adalah sebagaimana yang disebutkan di dalam hadis baginda yang bermaksud,

Perumpamaan aku dengan nabi-nabi sebelumku ialah seperti seorang lelaki yang membina sebuah bangunan, kemudian dia memperelok dan mencantikkannya kecuali satu tempat batu-bata di satu sudutnya. Ketika manusia mengelilinginya, berkata cantik kalau ada batu bata di sini. Maka, akulah batu bata itu dan aku adalah penutup segala nabi.”

Hubungan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW dengan nabi-nabi terdahulu adalah sama, kecuali kedatangan baginda sebagai ta’kid (penegasan) dan Tatmim (penyempurnaan). Rasulullah di utus untuk membenarkan ajaran yang dibawa oleh nabi-nabi terdahulu dan menyempurnakan kitab-kitab yang telah diturunkan sebelum ini.

Kita sepatutnya merasa bangga dan bersyukur kerana menjadi umat Nabi Muhammad SAW, kekasih Allah SWT.

Kita sangat bertuah. Nabi sangat merindui kita semua walaupun belum pernah bertemu dengan kita. Kita yang akan Nabi tanya di akhirat nanti apabila di bangkitkan.

Tetapi, bagaimana pula dengan kita? Pernah kah kita berasa rindu untuk bertemu dengan Nabi kita? Nabi yang akan memberi kan kita syafaat di akhirat nanti?

Tepuk dada. Tanya Iman.

Pameran artifak Rasulullah

Pada 20 Mac sehingga 19 April ini, ada pameran Artifak Rasulullah dan para sahabat. Masih berbaki seminggu lebih untuk anda merebut peluang ini untuk melihat artifak milik Rasulullah SAW dan para sahabat.

Artifak-artifak ini dikumpulkan dari serata dunia untuk dipamerkan kepada semua yang hadir. Ianya merupakan artifak tulen dan bukannya replika.

Pameran artifak Rasulullah
Tapak kaki Rasulullah SAW

Semoga dengan hadir ke pameran ini dapat meningkatkan lagi rasa cinta dan rindu kita kepada baginda, Nabi SAW.

Salam rindu hanya buatmu Ya Rasulullah

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ

Sumber: Buku Biografi Agung Rasulullah SAW. (terbitan mustread)